Tuesday, 12 August 2014

5 Penyebab Masalah Lebihan Kulit Atau Skin Tag

Masalah lebihan kulit atau skin tag bukanlah sesuatu yang pelik kerana ramai juga diantara kita yang mengalaminya. Segala-galanya bermula dengan titik merah atau warna coklat.

Saiznya akan membesar dan dapat dilihat dengan jelas. Terdapat 2 jenis lebihan kuit iaitu yang melekat terus pada permukaa kulit atau yang mempunyai leher.




Secara asasnya, lebihan kulit tidak sakit namun ia akan menjejaskan penampilan dan keyakinan diri. Ia lebih mudah menyerang mereka yang berusia 30 tahun keatas berbading mereka yang masih muda.

Namun begitu usah terlalu memandang ringan kerana ia juga tidak mustahil terjadi kepada mereka yang masih muda. Mengenakan sesuatu tang tertutup seperti tidak seharusnya dijadikan isu atau faktor kerana ia berkaita langsung dengan lebihan kulit.

Lebihan kulit yang tidak dibuang boleh merebak dan tumbuh dengan banyak tanpa kita sedari. Lebih teruk lagi apabila ia mudah terkena pada pakaian sekaligus menyebabkan pendarahan dan juga bengkak. Situasi luka itu pula akan membawa risiko jangkitan kuman dan membawa kepada satu masalah kesihatan yang lain.

Punca lebihan kulit.

1. Keturunan
Punca utama lebihan kulit dikaitkan dengan faktor keturunan. Sekiranya ibu atau bapa kita mempunyainya, peratusan kita untuk menghidap adalah tinggi. Bagaimanapun ia tidak semestinya kerana ada juga yang langsung tidak mempunyai masalah kulit.

2. Obesiti
Mereka yang gemuk juga terdedah kepada risiko lebihan kulit. Bagi mengelakannya menjadi semakin buruk, atasi dengan mengurangkan berat badan kepada angka yang lebih ideal.

3. Terdedah kepada kotoran
Persekitaran dahulu tidak lagi bersih seperti dahulu. Oleh itu, penjagaan perlu dilakukan agar kotoran tidak melekat pada kulit sekaligus mengundang pelbagai masalah lebihan kulit. Paling penting cuci muka dengan langkah yang betul supaya kotoran dapat dinyahkan.

4. Perubahan hormon
Hormon kita akan berubah apabila wanita mengandung. Ketidakstabilan ini akan membuka risiko dan jika tidak bernasib baik, lebihan kulit akan mula tumbuh. Bagaimanapun wanita mengandung tidak perlu risau kerana ia akan hilang dengan sendirinya setelah bersalin.

5. Diabetes atau kanser
Pesakit diabetes juga dikaitkan dengan wujudnya lebihan kulit. Mungkin ada yang menganggap ia sekadar lebihan kulit biasa sedangkan ia cuba memberitahu tanda-tanda yang anda menghidap diabetes. Anda juga perlu berwaspada kerana risau jika ia bertukar menjadi sesuatu yang lebih kronik iaitu kanser. Bagaimanapun pemeriksaan dan pengesahan doktor diperlukan.


Jangan panik sekiranya ada lebihan kulit tumbuh di bahagian tertentu. Ia boleh diatasi atau dihilangkan dengan beberapa kaedah rawatn yang tidak menyakitkan cuma kosnya mungkin berbeza-beza. Rawatan ini disarankan dilakukan ketika saiz lebihan kulit masih kecil dan tidak perlu menunggu sehingga ia menjadi lebih besar.

Tindakan pantas perlu dilakukan kerana saiznya boleh membesar dan akan berkait dengan urat di dalam kulit. Jika sudah sampai ke tahap ini, rawatan manual perlu dilakukan dan akan mengakibatkan sedikit pendarahan.

Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.
~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter