Wednesday, 30 July 2014

10 Trick Wajah Tampak Muda

10 Trick Wajah Tampak Muda. Faktor peningkatan usia menyebabkan ramai wanita berasa gundah terhadap tekstur kulit wajah yang semakin kusam. Pelbagai cara digunakan bagi mengembalikan semula kesegaran dan kejelitaan seperti waktu remaja termasuklah mengambil pelbagai suntikan. Anda sebenarnya tidak perlu membazirkan wang untuk mendapatkan suntikan. Anda mampu mengubah wajah menjadi lebih muda dari usia dengan beberapa trick solekan mudah dan cepat ini.


1. Kemaskini Beg Alat Solek.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menukar semua alat solek yang tidak sesuai dengan faktor usia. Jika sebelum ini anda sering menjadikan eye shadow rona gelap sebagai pilihan, gantikannya dengan warna yang lebih natural seperti coklat lembut dan merah Jambu.

2. Pelembap Dan Penyegar.

Bersihkan wajah dengan pembersih wajah bersesuaian dan gunakan penyegar serta pelembap. Ini merupakan perkara wajib yang perlu anda lakukan pada setiap hari terutama sebelum bersolek. Elak solekan tebal pada mata.

3. Jangan Amalkan Solekan Terlalu Tebal Pada Mata.

Sebaliknya, bingkaikan garis mata bahagian atas dengan menggunakan pensel mata rona sedikit gelap daripada warna kulit. Kemudian bingkaikan pula pada bahagian mata pada hujungnya sahaja.

4. Penggunaan Concealer

Jika ingin menggunakan concealer, elakkan menyapunya terlalu tebal pada bahagian hujung mata. Solekan yang terlalu tebal akan menyebabkan kesan kedutan pada daerah ini kelihatan lebih ketara. Sebaliknya sapukan concealer pada bahagian dalam lingkaran bawah mata, kemudian ratakan ke bahagian tengah dengan berus. 

5. Sembunyikan Keletihan Mata.

Bagi solekan siang, gariskan pensel mata warna kulit pada bahagian dalam garis mata. Manakala, untuk solekan malam gunakan pensel mata warna putih agar mata tampak lebih berkilau dan segar.

6. Rapikan Kening

Bagi mengelakan wajah tampak lebih tua, elakkan dariapda mencabut atau mencukur kening sehingga terlalu nipis. Sebaliknya biarkan ia terbentuk secara alami dengan hanya merapikannya dengan gunting. Warnai kening mulai bahagian tengah ke luar, lalu ratakan dengan menggunakan dengan berus kening.
7. Halusi Bahagian Tepi Bibir

Sebelum menggunakan lipstik, perhatikan warna kulit sekitar bibir anda, kebiasaannya, ia akan kelihatan halus. Justeru samarkan dengan menggunakan concealer.

8. Pilihan Warna Lipstik

Gunakan lipstik warna natural seperti merah jambu agar menimbulkan efek lebih muda. Bentukan garis luar bibir dengan menggunakan pensel bibir yang besar. Haluskan garis yang kelihatan jelas dengan menggunakan jari dan sapukan lipstik.

9. Bibir Penuh Lebih Segar

Bagi menambat lagi kesegaran bibir, sapukan lip gloss pada bahagian tengah bawah bibir dan pada lekukan bahagian bibir atas. Pilih warna merah jambu pudar atau coklat muda.

10. Tonjolkan Garis Rahang


Agar pipi tampak lebih menonjol, gunakan dua warna pemerah pipi. sapukan warna merah jambu pada  tonjolan tulang pipi dan tambahkan sedikit warna gangsa untuk memberi kesan shading pada rahang. Agar hasilnya lebih halus, ratakan dengan berus berbentuk kipas.

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter