7 punca utama kemerosotan kewangan. Apabila disebut kegagalan kewangan ramai yang
cuba untuk menafikannya walaupun menyedari ia sebenarnya telah berlaku. Dalam
soal kegagalan ini segalanya adalah berpunca dari kelemahan diri sendiri dalam
merancang dan menguruskan kewangan secara bijak. Biarpun ia merupakan kesilapan
umum namun kajian secara mendalam harus dibuat agar kesilapan yang sama tidak
lagi berulang. Antaranya ialah:
1. Suka Berhutang Dan Gagal Memahami Konsep Pengurusan
Kredit.
Sikap suka berhutang terutamanya sering berbelanja
menggunakan kad kredit merupakan satu kesilapan besar. Ramai yang tidak
menyedarinya kerana menganggap urus niaga dengan kad kredit lebih mudah dan
selamat. Kad kredit sebenarnya merupakan jerat yang utama kepada masalah kewangan.
2. Perlaburan Yang Tidak Betul
Skim pelaburan yang pelbagai membuatkan anda rambang mata
dan mudah menerima pelbagai tawaran menarik tanpa mengkaji
keberkesanannya. Ini menyebabkan ramai
individu mengalami kerugian akibat tertipu dengan skim perlaburan yang
dijanjikan. Ingin cepat kaya tanpa mengkaji dan mendalami ilmu menjadi penyebab
anda mudah ditipu.
3. Suka Bertangguh Untuk Merancang
Tunggu dan lihat merupakan sikap individu yang bakal
berdepan dengan kegagalan. Dalam soal merancang kewangan ramai yang gemar
bertangguh kerana beranggapan ia merupakan perkara remeh. Biarpun kita menyedari
perancangan itu penting, namun masih tiada usaha untuk melaksanakannya. Akhirnya
perancangan itu tertangguh dan terus tertangguh.
4. Kegagalan Dalam Menyimpan
Ketika diawal kerjaya, kita sering menganggap masih
terlalu awal untuk membuat simpanan. perhatian hanya diberikan terhadap
perbelanjaan tanpa memikirkan soal simpanan. Sebenarnya, usia muda merupakan
medan untuk anda mengumpul kekayaan dengan menyimpan secara terancang. soal
kekangan wang tidak akan timbul sekiranya anda bijak mengimbangi antara
perbelanjaan dan simpanan.
5. Tiada Matlamat Kewangan
Sesetengah individu tidak pernah mempunyai matlamat untuk
meningkatkan sumber kewangan atau menyelesaikan hutang dalam tempoh singkat. Begitu
juga bagi individu yang ingin memiliki kereta tetapi tidak mempunyai matlamat
untuk menyimpan. Apabila kita mempunyai matlamat, maka lebih mudah untuk kita
merancang dan seterusnya melaksanakannya.
6. Jahil Konsep Nilai Masa Wang
Nilai wang pada hari ini tidak akan sama nilai pada masa
akan datang. jika hari ini kita boleh mendapatkan sepuluh barangan pada harga
US 100 dolar, namun dalam tempoh lima tahun akan datang kita mungkin hanya
memiliki lima barangan pada nilai harga yang sama. Kejahilan terhadap konsep
nilai wang inilah yang menyebabkan ramai yang tidak berjimat dan membuat
simpanan.
7. Keegoaan Menerima Nasihat Kewangan
Ego dan menganggap diri sendiri mampu menguruskan
kewangan dengan bijak tanpa merujuk kepada penasihat kewangan juga menjadi
punca kepada kegagalan. Kita masih enggan mendapatkan nasihat kewangan
bertauliah biarpun telah menyedari cara penilaian kewangan yang dibuat itu
salah. Kita terus menunggu dan akhirnya membuat kesilapan.
Semoga Bermanfaat.
~admin~

No comments:
Post a Comment