Selulit
membantutkan keyakinan wanita. Selulit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja
tidak kiralah bagi individu yang bertubuh kurus atau gemuk. Ia merupakan
sekumpulan lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit.
Semua orang memilki
lapisan tisu lemak dibawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindungi
bumps, memberi rasa selesa dan memberi kita kelembutan yang berkaitan dengan
sifat wanita.
Makan
makanan berkalori secara berlebihan adalah punca utama pembentukan selulit. Diet
dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan lapisan lemak tetapi
bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam. Secara purata, wanita lebih
banyak menyimpan lemak yang kebiasaannya terkumpul di paha, punggung dan dada.
Manakala bagi lelaki lebih tertumpu pada bahagian perut dan dada.
Sebelum
kita mencari jalan menghilangkan selulit ini, kenali dahulu penyebab kemunculan
selulit.
1.
Hormon
Selulit
mempunyai hubung kait yang rapat dengan hormon estrogen yang terdapat dalam
tubuh wanita. Hormon mampu menahan air dan menjadi punca munculnya selulit.
2.
Menu Makanan
Kesuntukan
masa sering membuatkan kita menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Makanan
yang mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan ini boleh mengganggu fungsi
badan. Jika sering menjadikan makanan segera sebagai pilihan, selulit akan
muncul walaupun anda kurus.
3.
Sistem Pencernaan
Sistem
pencernaan yang bermasalah juga menjadi punca munculnya selulit. Oleh itu anda
dinasihatkan agar minum lebih banyak air putih, bersenam dan makan buah-buahan
serta sayur-sayuran.
4.
Tekanan
Tekanan
tidak kiralah melibatkan mental atau fizikal juga boleh mempengaruhi proses
dalaman tubuh. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan pengumpulan lemak
dalam badan.
5.
Salah Diet
Berat
badan yang sering naik dan turun juga boleh menyebabkan selulit. ia selalu
dikaitkan dengan diet yoyo. Diet ini biasanya tidak konsisten. Justeru itu,
pastikan program diet yang anda jalankan berterusan dan dilakukan dengan
konsisten.
No comments:
Post a Comment