Tuesday, 12 August 2014

7 Cara Mengatasi Selulit

7 Cara Mengatasi Selulit

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi terjadinya selulit.




1. Makanan Segar
Jadikan makanan segar seperti jenis organik sebagai pilihan. Berbanding makanan segera, makanan ini sememangnya bebas daripada bahan kimia, perasa atau pengawet tiruan.

2. Makan Berprotein
Pastikan protein yang masuk ke dalam tubuh anda memadai dengan keperluan tubuh. Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda mengambil makanan tambahan bagi menggantikan sumber makanan berprotein bagi menggantikan sumber makanan berprotein yang tidak diambil.

3. Kurang Lemak Dan Manis
Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan manis. Makanan seperti ini akan menyebabkan lemak lebih mudah tersimpan di dalam tubuh.

4. Makan Secara Teratur
Makan mengikut jadual sekurang-kurangnya tiga kali sehari secara teratur. Ini bagi memudahkan sistem pencernaan tubuh berfungsi dengan baik dan teratur.

5. Minum Air Putih
Kurangkan minum air manis atau berkarbonat, sebaliknya lebihkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air putih boleh membantu organ didalam tubuh berfungsi dengan baik.

6. Bersenam
Selain menjaga pemakanan dan diet, lakukan senaman secara teratur bagi mengeluarkan peluh. Lakukan juga renggangan pada setiap hari agar tubuh lebih segar dan cergas.

7. Bertenang

Berfikiran positif anak membantu kita menjalani hidup dengan aktif dan sihat. Carilah ketenangan dengan bercuti, beriadah, bergurau atau mendengar lagu. 

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter