Tuesday, 12 August 2014

Bergaya Dengan Solekan Smokey Eyes.

Bergaya dengan solekan smokey eyes. 

Walaupun tidak menggunakan warna-warna ceria, gaya solekan Timur Tengah ini juga mampu menyerlahkan keanggunan wanita. Solekan ini menggunakan warna-warna gelap seperti hitam, coklat, biru gelap, tembaga, keemasan, hijau pekat dan disudahi dengan palitan glitter (emas atau perak) pada bahagian mata pasti menimbulkan impak tersendiri.




Biarpun teknik ini sering digayakan di waktu malam, namun pemilihan warna yang sesuai misalnya, coklat atau tembaga bersama highlight keemasan, akan menyerlahkan kejelitaan anda di siang hari. Teknik solekan ini juga amat sesuai digayakan oleh pemilik mata kecil atau mata kucing agar mata kelihatan tajam dan besar.

Namun sebelum memberi tumpuan pada solekan mata, sapukan bedak asas terlebih dahulu. agar solekan kekal lama, pilih bedak asas jenis cecair dan sapu menggunakan berus besar untuk mendapatkan kesan yang lebih rata. Sapukan bedak tidak terlalu tebal. Selepas itu, barulah memberi tumpuan terhadap solekan mata anda. Berikut merupakan gaya solekan smokey eyes yang boleh anda cuba sendiri.

1. Agar solekan mata tahan lebih lama, sapukan asas pembayang mata terlebih dahulu. bagi anda yang bermata bundar, sapukan rona mata gelap pada penjuru mata dan lukis sekelilingnya menggunakan penggaris mata. Bagi mengelakan garisan kelihatan comot, gunakan penggaris mata jenis pensel.

2. Rona unggu, hijau lumut dan biru sesuai digayakan jika anda mahukan efek berkilau. Begitu juga jika gemar menggunakan rona hitam, coklat atau kelabu. selepas mengaplikasikan, gariskan penggaris mata di atas garisan alis mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelupuk mata.

3. Untuk mendapatkan panduan solekan terbaik, sapukan pembayang mata rona cerah bersama rona gelap. Agar kelihatan sekata, gunakan berus pembayang mata untuk mengaburkan garisan penggaris di bahagian atas alis. jangan biarkan adunan rona gelap melepasi lipatan kelopak mata.

4. Pastikan adunan warna bagi kedua-dua belah kelopak mata anda sekata. Untuk menjelmakan solekan ala wanita arab yang diinginkan, sapukan maskara dan diakhiri dengan taburan glitter pada kelopak mata atau alis.


5. Bagi mengimbangi warna gelap yang sarat pada kelopak mata, sapukan lipstik rona pucat atau lembut pada bibir anda. Jangan menggunakan lipstik rona gelap atau terang kerana ia kan menjadikan solekan anda tampak tidak seimbang. Selamat mencuba!


Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.

~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter