Tuesday 12 August 2014

Cara betul menggunakan krim pelindungan matahari.

Cara betul menggunakan krim pelindungan matahari.

Bagi individu yang sering terdedah kepada sinaran matahari, pasti akan menggunakan krim pelindungan khas bagi memberi perlindungan terhadap kulit daripada radiasi matahari. 

Namum penggunaannya harus selari dengan aktiviti, faktor cuaca dan jenis kulit agar boleh berfungsi dengan lebih efektif. Jom kita baca seterusnya cara menggunakan krim pelindungan matahari yang betul.





1. Jika anda melakukan aktiviti luar dan terdedah kepada pancaran matahari secara langsung, gunakan produk yang mengandungi SPF 15 atau lebih. Individu yang memiliki kulit putih memerlukan krim pelindungan matahari yang mempunyai SPF yang lebih tinggi daripada individu berkulit gelap.

2. Pilih krim yang mampu memberi pelindungan terhadap pelbagai radiasi. Pastikan krim tersebut juga tahan air (waterproof) dan tahan aktiviti peluh (sweatproof) jika aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan air atau mengeluarkan peluh.

3. Pakai krim pelindungan matahari sebelum melakukan aktiviti luar. Biarkan ia meresap ke dalam kulit agar pelindungannya lebih efektif. Jika aktiviti yang melibatkan renangan atau mengeluarkan peluh, sapukan krim pelindungan matahari setiap 2 jam.

4. Jika anda memilki kulit berminyak, pilih produk pelindungan matahari berbentuk losen. Pastikan anda memeriksa tarikh tamat tempoh setiap produk sebelum memakainya. Elakan daripada menggunakannya jika ia telah berubah warna, kering atau berbau.

5. Walaupun berada didalam rumah, anda masih memerlukan krim perlindungan matahari kerana pancaran matahari boleh masuk melalui tingkap, balkoni atau pintu tanpa kita sedari. Ketika didalam rumah, anda boleh mengurangkan kuantiti penggunaan krim pelindungan matahari tersebut secara nipis.


6. Pastikan krim pelindungan matahari tersebut bebas PABA atau Para- aminobenzoic acid kerana boleh mambawa alahan terhadap kulit. Biarpun PABA merupakan bahan kimia pelindungan matahari yang efektif, Namun PABA boleh menyebabkan berlaku iritasi, kulit kemerahan dan lebih sensetif terhadap pancaran matahari.

Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.
~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter