Tuesday 12 August 2014

Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Terhadap Kanak-Kanak

Kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kanak-kanak. 

Penggunaan telefon bimbit bukan lagi dianggap barang mewah bahkan ia adalah satu keperluan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Ia digunakan secara meluas, bukan sahaja dikalangan orang dewasa bahkan kanak-kanak.




Bagaimanapun penggunaan telefon bimbit yang kerap dan berpanjangan akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. 

Biarpun tiada kajian yang membuktikan penggunaan telefon oleh kanak-kanak akan membawa penyakit, kita seharusnya mengawal anak-anak daripada menggunakan telefon secara kerap.

Kanak-kanak juga mungkin terancam terhadap sesuatu unsur kerana mereka mempunyai ketahanan badan yang lemah berbanding golongan dewasa. Ibubapa dinasihatkan supaya menghadkan penggunaan telefon bimbit kepada kanak-kanak kecuali apabila diperlukan.

Selain telefon bimbit, gelombang frekuensi radio (RF), boleh didapati daripada penggunaan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio dan komputer.


Kesan Sosial
Sementara itu dari segi sosial pula, perkembangan teknologi dan reka bentuk telefon bimbit hari ini mendorong anak-anak untuk mandapatkan apa yang dimiliki kawan yang berkemampuan. Sedangkan dari segi kewangan, mereka tidak mampu memilkinya. Keadaan ini mengundang gejala sosial seperti mencuri, menipu dan sebagainya.

Kesan Psikologi
Dari segi psikologi, anak-anak lebih bersikap menyendiri tanpa mempedulikan keluarga dan keadaan persekitaran. Ini boleh memberi kesan kepada pembelajaran kerana mereka leka menggunakan telefon bimbit.

7 cara mengawal kanak-kanak daripada menggunakan telefon bimbit secara kerap iaitu:

1. Asingkan masa untuk anak-anak bermain dan belajar. sekiranya waktu untuk mereka bermain, biarkan mereka bermain. Begitu juga ketika belajar.

2. Jangan biarkan mereka terlalu kerap bersama pembantu rumah, kawan-kawan atau bersama adik beradik tanpa penglibatan ibu bapa.

3. Terangkan dengan baik tentang kesan penggunaan telefon bimbit terlalu kerap dan lama kepada anak-anak supaya mereka faham.

4. Pantau apakah perisian yang terdapat dalam telefon bimbit anak anda.

5. Ibu bapa sendiri harus tahu aplikasi telefon bimbit. Belajar untuk mendahului anak-anak cara untuk mendapat maklumat dan menggunakan aplikasi tersebut.

6. Terangkan kepada anak-anak kenapa mereka dilarang mengakses laman lucah atau mendapatkan maklumat yang tidak bersesuaian dengan usia mereka.

7. Kawal perbelanjaan untuk kad prabayar yang digunakan anak-anak.

Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.

~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter