Tuesday, 12 August 2014

Rahsia Ciuman Seorang Lelaki

Rahsia ciuman seorang lelaki. 

Ciuman digunakan sebagai penguat ikatan dan menguji mekanisme. Tahukah anda bahawa erti ciuman bagi seorang lelaki  dan wanita membawa makna yang sangat berbeza.





Perempuan menggunakan ciuman sebagai salah satu cara melahirkan perasaan suka pada pasangan, menambahkan keintiman atau sebagai pengukur hangat atau dinginnya sebuah hubungan. Sementara itu, lelaki pula menilai ciuman untuk meningkatkan ghairah seksual mereka.
Ciuman daripada seorang lelaki itu terselit maksud tertentu. Bagi mengetahui apakah rahsia disebalik sebuah ciuman, jom tengok info ini. 

1. Ciuman Di Dahi
Ciuman seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa dilihat pada pasangan suami isteri. Bagi seorang suami, ciuman yang diberikan ini melambangkan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta. Kasih yang dicurahkan begitu kudus, sehingga si penerima ciuman juga dapat merasakan perasaan kasih sayang dari lelaki.

2. Ciuman Di Pipi
Sekiranya seorang suami menghadiahkan ciuman di pipi isteri, itu tandanya dia amat menyayangi isterinya. Ciuman di pipi sering dihadiahkan oleh suami kepada isterinya apabila bercanda atau gembira dan apabila suami baru pulang kerja atau berjalan jauh. Pada ketika ini pastinya sebuah ciuman akan hinggap di pipi isteri menandakan suami begitu menyayangi, merindui, dan mencintai pasangan setulus hati.

3. Ciuman Di Tangan
Apabila seorang lelaki mengucup belakang tangan pasangannya, itu tandanya dia amat menghormati dan menyanjungi pasangannya. Perbuatan mengucup tangan seseorang biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan kepada atasannya. Seorang murid kepada guru atau apa sahaja situasi yang bersesuaian.

Jarang sekali keadaannya apabila lelaki mengucup tangan seseorang wanita atas dasar suami isteri. sSekiranya berlaku ini menandakan lelaki berkenaan amat menghormati dan menyanjungi tinggi martabat wanita tersebut sebagai seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.

4. Ciuman Di Bibir
Saat isteri sedang berdiri dan secara tiba-tiba suami datang menghampiri lantas memegang kedua-dua tangan sambil menatap wajah isteri diiringi sebuah kucupan hinggap di bibir pasangan. Itu menandakan sebuah ciuman cinta telah dilepaskan. Pada ketika ini, perasaan cinta lelaki pada pasangannya kian hangat dan membara.

5. Ciuman Dari Belakang
Kucupan mengejutkan dari arah belakang yang dihadiahkan oleh suami kepada isterinya mempamerkan betapa dirinya begitu mendambakan pasangannya pada ketika itu. Aksi spontan itu juga menandakan mereka mahukan sesuatu daripada pasangan.

6. Ciuman Di Lutut
Sekiranya ada lelaki yang sangup mencium lutut seorang wanita, itu tandanya dia benar-benar jatuh cinta pada wanita tersebut dan sanggup melakukan apa saja demi memiliki hatinya. Bagaimanapun harus berhati-hati kerana wanita tersebut mungkin akan mengambil kesempatan pada diri anda.

7. Ciuman Di Kaki
Ini adalah antara budaya dan adat resam kaum india. sekiranya ada lelaki yang sanggup berbuat demikian, lelaki ini sangat luar biasa. Perlakuan mencium di hujung kaki bukan kerana adat tetapi lelaki tersebut sudah terlalu merendah diri dan memuja wanita. Bagaimanapun, harus berhati-hati kerana bukan hanya kelihatan janggal tetapi tindakan tersebut juga tidak harus dilakukan.


Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.
~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter