Teknik urutan Body To Body (B2B).
Perkataan B2B (body to Body) amat popular dikalangan mereka yang sering berkunjung ke rumah urut. Jika dahulu rawatan urutan batin begitu popular sebagai 'menu istimewa' bagi menarik pelanggan, kini B2B mengambil tempat. Malah "kegilaan" terhadap perkhidmatan ini juga membuatkan ramai yang sanggup menunggu meskipun terpaksa berbaris panjang.
Perkataan B2B (body to Body) amat popular dikalangan mereka yang sering berkunjung ke rumah urut. Jika dahulu rawatan urutan batin begitu popular sebagai 'menu istimewa' bagi menarik pelanggan, kini B2B mengambil tempat. Malah "kegilaan" terhadap perkhidmatan ini juga membuatkan ramai yang sanggup menunggu meskipun terpaksa berbaris panjang.
Bagi yang baru 'berkenalan' dengan B2B atau juga dikenali sebagai urutan badan dengan badan, istilah ini pastinya agak janggal pada pendengaran. Secara ringkas b2b adalah urutan yang tidak membabitkan hubungan intim. Ia sebaliknya hanyalah tindakan gesel-menggesel menggunakan tubuh si tukang urut tanpa seurat benang.
Dalam konteks hubungan suami, isteri teknik B2B mungkin boleh dipraktikkan bagi menambah kehangatan hubungan intim. Lari dari kebiasaan, teknik ini mungkin dapat menyalakan kembali ghairah hubungan pasangan. Malah pasangan mungkin 'kemaruk' dan 'ketagih' untuk menikmatinya lagi sebaik merasainya buat kali pertama.
Yang pasti, dalam hubungan suami isteri, tiada yang mustahil untuk dilakukan dengan tujuan bercumbuan sebelum melakukan hubungan kelamin juga mempunyai kesan tersendiri. Ini kerana urutan yang membabitkan sentuhan 'istimewa' biarpun hanya geselan mempunyai impak positif yang sangat menakjubkan.
Bermula dengan geselan, sentuhan dan penerokaan ke seluruh daerah sensetif juga berlangsung mulus. Faedah ini bukan hanya boleh dinikmati oleh pasangan yang mengurut tetapi juga kepada yang diurut.
Lebih mengujakan apabila teknik urutan secara geselan ini bukan hanya membuai dan mengasyikan pasangan tetapi dalam masa yang sama turut membuat mereka hanyut dalam 'kelemasan'. Akhirnya kenikmatan hubungan intim yang sempurna dapat dirasai bersama-sama.
Bagaimana mengurut pasangan?
Urutan adalah salah satu cara melakukan foreplay. Bagi mewujudkan suasana tenang dan damai, cahaya lampu di kamar tidak perlu terlalu terang atau terlalu gelap. Cahaya yang sedikit malap adalah sesuai dan bisa mengundang suasana penuh romantis.
Urutan biasanya dimulakan pada bahagian punggung dan kemudian naik ke pinggang. Selesai urutan dibahagian tersebut, teruskan urutan seterusnya pada bahagian paha, betis dan kaki.
Tidak dilupakan juga bahagian kepala dan leher. Urutan di bahagian ini berupaya membantu pasangan berasa lebih santai dan selesa. Bagi urutan erotik, cara urutan perlu ditukar kepada teknik yang lebih lembut dan sensetif.
Tamat urutan dibahagian badan, luaskan penerokaan anda dengan menyentuh dan mengurut bahagian-bahagian sensetif yang lain.
Perlu diingatkan, urutan asmara perlu dilakukan dalam keadaan yang selesa dan tenang. Setiap bahagian yang diurut juga perlu mengambil masa yang sesuai. Sebaik-baiknya, urutan perlu dilakukan pada kedua-dua pasangan. Urutan ini boleh menambah kemesraan dalam hubungan suami isteri.
Manfaat Urutan Sebelum Hubungan Intim.
1. Urutan Pada Suami
Melakukan urutan pada bahagian kaki suami memberi manfaat yang cukup besar dalam hubungan intim. Urutan ringan di tumit yang kemudian menjalar ke seluruh bahagian kaki dikatakan berupaya meningkatkan kecergasan sekaligus memberi kekuatan luar biasa pada tenaga batin. Secara tidak langsung, stres atau tekanan yang dialami sebelum ini beransur hilang.
2. Urutan Pada Isteri
Sebaik selesai melakukan urutan pada suami, tibalah giliran isteri pula menerima urutan. Mulakan urutan dengan menekan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan jari-jari yang lain. Ambil masa lebih kurang 10 saat pada setiap kaki sebanyak 12 kali. Tekanan di titik ini dipercayai mampu mendorong dan meningkatkan tenaga sewaktu berhubung intim. Bagi menambahkan lagi kesan sensual, gunakan minyak aromaterapi sewaktu proses mengurut.
Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.
~Admin~
My Merkur 39c Merkur Safety Razor 37C Safety Razor
ReplyDeleteMerkur 39c Safety Razor deccasino 37C 메리트카지노총판 - Long handled, German. The Merkur Heavy Duty 34C 카지노사이트 is a classic double edge razor with a longer handle, shorter handle and more