Tuesday 12 August 2014

Tip penjagaan kulit wajah

Tip penjagaan kulit wajah. 

Memiliki tekstur kulit yang sempurna sudah tentu memberi kelebihan buat seseorang wanita dalam mendapatkan solekan yang terbaik. Dengan hanya sedikit solekan nipis, sudah cukup untuk menimbulkan keserian tersendiri buat pemilik kulit mulus ini. 

Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat ini, amalkan teknik penjagaan wajah asas seperti membersih, menyegar dan melembab sudah cukup membantu.


Penjagaan Mengikut Jenis Kulit:

A. Kulit Normal

Kulit normal kebiasaannya mengandungi minyak semula jadi. namun akibat faktor cuaca, tekanan dan persekitaran, adakalanya ia akan menyebabkan kekeringan. Bagi wanita yang memiliki kulit jenis ini, gunakan pelembab ringan berbentuk losen agar kulit tetap lembab secara semulajadi.

B. Kulit Kering

Kulit kering boleh mempercepatkan kedutan akibat kurang kelembapan. Kulit jenis ini memerlukan pelembab bagi memelihara tahap keanjalan. Gunakan pelembap dengan tekstur yang lebih berat seperti krim. Pada malam hari, gunakan krim malam setiap malam sebelum tidur. Krim ini akan bertindak menanggalkan sel kulit mati agar wajah kelihatan lebih muda dan anjal.

C. Kulit Berminyak

Kulit berminyak jika tidak mendapat penjagaan rapi boleh menyebabkan jerawat kerana kelenjar serum aktif mengeluarkan minyak, maka pelembap tidak begitu diperlukan. Jika ingin menggunakan pelembap, pastikan ia mengandungi bahan penyerap minyak. Pilih pelembab berbentuk losyen atau gel berasaskan air yang bertekstur ringan bagi menghalang perembesan minyak secara berlebihan.

D. Kulit Kombinasi

Kulit jenis ini menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit normal, kering dan berminyak. kebiasaannya kulit jenis ini kelihatan normal tetapi kering di sekitar pipi dan berminyak di daerah T Zone. Gunakan losyen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar dibahagian kering. Akhiri dengan krim pelembab pada keseluruhan wajah dan pada bahagian yang kering.


Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.

~Admin~

No comments:

Post a Comment

Counter since 16.04.2014

Flag Counter